Pages

Thursday 27 January 2011

Tazkirah IV - hati insan





aSsalamualaikum  pembuka kata ,
bersyukurlah kita kerana masih dikurnia nikmat Iman dan Islam..
kerana nikmat itu paling berharga..
   
" hati insan merindukan cahaya sinaran,kasih sayang,
yang mengingini,kasih sejati, belaian rindu yang abadi, 
ya tuhanku kau terangilah hati2, hambamu ini, jangan biarkan dia 
kehausan dan dahagakan hidayahmu,
hanya Allah tuhan kami,Muhammad kekasih kami,
oh Islam anutan kami,oh iman keyakinan kami,,
oh taqwa pakaian kami,"

 ‎"Marilah bersama2 mengorak langkah cari cahaya yang telang hilang,
marilah bersama2 menuju Iman dan Taqwa.."




PERANAN HATI MANUSIA (oleh Azila Ariffin pada 16 Mac 2008)


Hati yang digelar “qalb” dalam bahasa arab bererti berubah-ubah, kerana dalam hidup seharian manusia 
sentiasa berubah-berubah sifatnya. Hati dibahagi kepada 3 jenis iaitu; 

1. Hati yang baik (jujur, amanah, ikhlas) 
2. Hati yang jahat (dengki, khianat) 
3. Hati mati (tanpa tujuan hidup) 

Hati seolah-olah raja, manakala anggota-anggota lain sebagai pembantunya.
Hati yang baik dapat dikawal
melalui beberapa perkara iaitu; 

1. Sentiasa dalam keadaan wuduk 
2. Sentiasa berzikir 
3. Menjaga pancaindera 
4. Membaca al-Quran 

Hati yang jahat tidak percaya kepada kitab Al-Quran, 
dan tidak ingat bahawa terdapat malaikat yang 
mencatat buruk baik yang dilakukan oleh manusia. 
Oleh itu manusia sewenangnya sentiasa melakukan 
maksiat. 
Kebanyakkan yang berlaku pada hari ini ialah hati yang mati, 
dimana mereka melakukan perkara yang rutin 
hari-hari, mereka juga sembahyang dan dalam masa yang 
sama maksiat masih tidak ditinggalkan, ini 
berlaku kerana mereka tidak ada tujuan untuk bertemu Tuhannya.
Mereka ini tidak takut atau insaf melihat 
kematian atau tidak merindui Tuhannya.

"Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging
yang jika ia baik maka baiklah tubuh tersebut seluruhnya
dan jika ia rosak maka rosaklah tubuh tersebut seluruhnya.
Ketahuilah bahawa ia adalah hati.[22]"


CARA PEMBERSIHAN HATI 

1.   Tinggalkan perbuatan berdosa, seperti melakukan kemungkaran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya apabila seorang mukmin berbuat dosa, ia akan membentuk sebuah titik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat, berhenti dan beristighfar (meminta ampun), maka hatinya akan digilap (dibersihkan titik hitam tersebut). Akan tetapi jika dia menambah-nambah perbuatan dosa, maka akan bertambahlah titik hitam di hatinya. Itulah titik hitam yang dimaksudkan oleh Allah dalam kitab-Nya:“Sebenarnya! Bahkan hati mereka telah diselaputi kekotoran  dengan sebab (kemungkaran) yang mereka kerjakan.”[23]

Salah satu bentuk kemungkaran yang lazim dilakukan oleh orang ramai tanpa menyedarinya ialah melakukan ibadah yang tidak memiliki contohnya sama ada dari sudut masa, tempat atau tatacara daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ibadah seperti ini masuk dalam kategori bid‘ah dan bid‘ah masuk dalam kategori perbuatan yang haram. Orang yang sengaja melakukannya, setelah ditegakkan hujah dan dibersihkan kekeliruan, termasuk dalam apa yang disebut sebagai “…menambah-nambah perbuatan dosa, maka akan bertambahlah titik hitam di hatinya.”

Antara bukti yang jelas adalah orang-orang yang berzikir dengan kalimah dan tatacara yang tidak ditunjuk oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sekali pun zikir mereka berjumlah ratusan ribu, hati mereka tetap tidak bersih dan akhlak mereka tetap tidak mulia.

2.   Elakkan perkara-perkara yang samar-samar kerana ia akan memberi pengaruh yang negatif kepada hati sehingga lambat laun hati akan cenderung kepada sesuatu yang jelas haram. Atas sebab inilah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengaitkan kedudukan hati dengan anjuran mengelakkan perkara yang samar-samar, sebagaimana hadis di atas yang selengkapnya bermaksud:

Perkara yang halal adalah jelas dan perkara yang haram adalah jelas. Di antara kedua-duanya terdapat perkara yang samar-samar yang tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan manusia.

Sesiapa yang mengelak perkara yang samar-samar maka dia memelihara agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh dalam perkara samar-samar maka dia seperti seorang pengembala yang membawa ternakannya sekitar padang yang dilarang, nescaya ia memasukinya.

Ketahuilah bahawa bagi setiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah  sesungguhnya kawasan larangan bagi Allah di bumi ini ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.

Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging  yang jika ia baik maka baiklah tubuh tersebut seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah tubuh tersebut seluruhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.[24]

Antara perkara samar-samar yang patut ditinggalkan ialah ibadah yang tidak diketahui secara pasti sama ada ia adalah sunnah atau bid‘ah. Ibadah seperti ini banyak wujud di kalangan masyarakat, maka elakkanlah ia demi menjaga kebersihan hati anda.

3.   Tambahkan ilmu pengetahuan, khususnya dengan cara menelaah (tadabbur) al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Di dalam kedua-dua sumber ini terdapat banyak ayat dan hadis yang melembutkan hati, menyedarkan hati dan memperbaiki apa-apa penyakit hati.

4.   Berzikir kepada Allah dengan kalimah dan cara yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Kegagalan cara zikir untuk menjaga kebersihan dan kebaikan hati seperti yang saya sebut sebelum ini adalah kerana kalimah yang disebut dan cara ia disebut tidak berasal daripada Allah dan Rasul-Nya.

5.   Berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, antaranya dengan doa berikut agar hati kita tetap berada dalam petunjuk-Nya:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya. [‘Ali Imran 3:08]

p/s :
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan memberi jalan penyelesaian kepada
kegelapan hati2 insan (hamba2 y hina ini)..

"Di mana ada usaha di situ ada kejayaan,,
hendak 1000 daya, tak hendak 1000 alasan.."


2 comments:

**Norul**Najmiah** said...

insyaALLAH...nice bolg...may ALLAH bless us(^^)..ukhuwahfillah

Raji and Yeen said...

Raja segala anggota?
huhu btol gak o.O
jga hati means kita jaga segala amal kita yg lain..
thx2 for sharing~ ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...