Pages

Wednesday 12 January 2011

Tudung Labuh??



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.

Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut.
Mengapa persoalan ini diutarakan? Apa selalunya yang terlintas dalam diri masing-masing apabila melihat seorang perempuan memakai baju kurung berserta dengan tudung yang lebih labuh daripada perempuan-perempuan yang lain? Pastinya tanggapan pertama ialah; perempuan ini perempuan yang baik, perempuan yang sopan, perempuan yang tahu menjaga adab dirinya.

Namun adakah kita sedar, dalam majoriti kaum wanita yang dikatakan bertudung labuh yang nampaknya sopan itu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka ini yang sebenarnya sedang menconteng arang ke muka wanita-wanita yang lain.

Mengapa ana berkata begini? Tentu saja anda semua pernah dengar perkataan ini, “Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!” pasti pernahkan? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, pasti hati berasa panas sahaja mendengar perkataan sebegitu yang diluahkan. Namun, itulah hakikat.

Kebanyakkan wanita sekarang ini, maaf untuk menegur, tidak berakhlak seperti yang tertera pada pakaiannya yang labuh. Berdating sana sini, bermesejan lelaki itu ini, berhuha-huha dengan lelaki ajnabi, berkoling-koling, berkapelan islamik kononnya, cakap buang masa, menggedik sana sini(maaf kalau ada yang terasa) dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut langsung tidak kena pada imej wanita muslimah yang ditonjolkan.

Apabila orang kata tudung labuh pun sama teruk juga, cepat saja naik darah. Sedangkan siapa yang menyebabkan orang lain berfikiran seperti itu? Apabila timbul masalah seperti ini, pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang lain ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Akhirnya timbullah perkataan seperti, “ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”

Ya, memang diakui,yang bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang punya keinginan. Tapi bukankah elok jika cara pemakaian kita seiring dengan tudung yang dipakai? Tutup aurat itu merupakan satu kewajipan,menjaga akhlak juga satu kewajipan bagi kita. Mengapa hanya diambil satu perkara sahaja, dan ditinggalkan satu perkara lagi?


PENAMBAHAN:


Manakala sahabat2 yang lain, janganlah menganggap sudah cukup puas dan memadai hanya memakai tudung semata2 untuk memenuhi tuntutan syarak..ketahuilah sesungguhnya cara pemakaian tudung juga mempunyai garis panduan yang perlu diikuti dan dipatuhi,,
sekiranya akhlak sudah cantik,,maka pemakaian juga perlu mengikut tuntutan syarak,
kerana segala apa yang di sarankan utk umat islam itu adalah untuk kesejahteraan umat seluruhnya..jika kita tidak menjaga batas2 dan had2 yang telah digariskan,,maka kemungkaran dan kemaksiatan pasti berlaku,,malah sebelum perkara besar ini terjadi,,perkara2 kecil yang menjebakkan diri kita ke lembah kemungkaran dan kemaksiatan ini adalah, salah satunya pemakaian,,manakala sikap kita juga..(sikap yang tidak tegas dan berpendirian dengan hukum Allah),,maka halal dan haram sama sahaja..yang makruh di lakukan, manakala yang sunat diketepikan..

Perkongsian Bersama..peringatan utk diri dan sahabat2 yang lain..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, 
melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"..

wallahua'lam..
p/s: google

3 comments:

Unknown said...

sangat setuju..
nice entry..:)

kiwi said...

org yg pkai tdung lbuh..pstu bwt bnde x elok 2 dia sje merpergunakan tdung lbuh 2 ntuk menutup ap yg dia bwt..tp x smua mcm 2..sebaik2-baik2 amln ialah amalan yg berterusan..cuba untuk berubah sedikit2 klau x mmpu nk brubh byk..btw thnks 4 info ^^

Mujahid Sufi said...

kadang2 wanita bertudung labuh hnya bersama sesama mereka...cara dan uslub dakwah mereka salah,terlalu syadid...Tambahan, apa salahnya mengayakan sedikit tudung yg berbunga, bertudung ala2 wardina, asalkan cara menutup aurat tue berlandaskan syariat islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...