Pages

Thursday 13 May 2010

6 jenis umpatan

Bismillah pembuka bicara, sebutlah  namaNya  setiap kali melakukan sesuatu perkara,..
untuk mendapat keberkatan dan keredhaan darinya..
"Umpatan" atau disebut sebagai "ghibah" dalam bahasa arab perkara ini sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan kita tetapi sekiranya ada yang tidak melakukannya Alhamdulillah teruskan tindakan itu..umpatan adalah  bercerita mengenai orang atau sesuatu.Tindakan yang berkaitan dengan umpatan ini contohnya apabila kita  melihat sahaja sesuata benda atau perkara,pasti kita  hendak mengulasnya,atau membuat kesimpulan itu dan ini,,ini juga dikatergorikan sebagai mengumpat,,kerana kita bercerita tentang perihal orang lain,,di belakang pengetahuannya,,hari ini saya hendak kongsikan bersama blogger2 yang dirahmati
ilmu yang saya pelajari di sekolah semasa tingkatan 4,,dalam mata pelajaran Pendidikan Al-quran dan As sunnah.





kita harus mengelakkannya dari mengumpat

"lebih baik diam dari berkata2 perkara yang tidak berfaedah.."
"lebih baik menyampaikan sesuatu ilmu dan kebaikan dari berdiam diri,,"


6 PERKARA YANG DIBOLEHKAN MENGUMPAT: 

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang dibolehkan agama itu ada enam jenis:



6 Perkara tersebut ialah:

Pertama: Orang yang dizalimi. 



Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.

Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran.



 Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.

Ketiga: Meminta fatwa. 



Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.

Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka. 



Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.

Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.

Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti. Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.

Kelima: Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan 



seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.

Keenam: Pengenalan diri . 



Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.


(Bersama2 lah kita muhasabah diri dan perbetulkan kembali tabiat kita yang tidak elok,,
semoga kita mendapat keampunan dari segala dosa2 yang pernah kita lakukan selama ini,,
wallahua'lam..sekian yang baik itu datang dari Allah,,yang tidak baik itu dari kelemahan saya sendiri.)

10 comments:

Hasrol Nizam said...

tertarik dengan point ke 6 tu.. tak pernah tau pula ini pun termasuk dalam kategori umpat.

SaEidah SyamIelah said...

hasrol-ye ke,,jarang masyarakat kita tahu perkara ni,,memang point ke 6 tu,,termasuk jugak dalam mengumpat,,pernah tak kawan kita tidak suka dengan gelaran2 yang kita gelar?umpamanya,kita dalam kumpulan yang ramai sedang bersembang
maka lalu seorang kawan sekelas
dihadapan kumpulan kita

-maka kita memulakan perbualan
dengan menggelarkan si dia yang lalu tadi spt,,"korang tgk tu,,si keding tu pandang cm tak puas hati je,," yang lain menyokong,,"a'ah,,bengang betul aku ngn die tu" itulah cthnya,,

sedangkan si keding itu tidak tahu dirinya digelarkan..maka ini termasuk mengumpat,,^^,

fuh pjg betul,,inilah contohnya,,utk point ke 6
utk lebih terperinci..

sekamar rindu said...

salam....ukhwah,

satu entri yg sangat bermakna..terima kasih atas perkongsian ini..

SaEidah SyamIelah said...

sekamar rindu-same2,,segala ilmu yang ada harus kita sampaikan agr kita semua mendapat manfaatnya bersama,,^^,

Anonymous said...

Saya sudah dimaksudkan untuk posting tentang sesuatu seperti ini di halaman web saya dan anda memberi saya ide. Cheers.

Anonymous said...

Aku hanya ingin membuat komentar cepat untuk mengatakan saya senang saya menemukan blog Anda. Terima kasih.

SaEidah SyamIelah said...

anonymous:

sama2,, ^^

Anonymous said...

Saya ingin memposting sesuatu seperti ini di website saya dan ini memberiku ide. Cheers.

Anonymous said...

Aku tahu ini tidak tepat pada subjek, tapi aku sudah online website menggunakan program yang sama seperti benar dan saya mendapatkan masalah dengan umpan balik saya menampilkan . apakah ada pengaturan saya hilang ? itu mungkin Anda dapat membantu saya keluar ? thanx .

Anonymous said...

Baik pengiriman dan posting ini banyak membantu saya dalam tugas kuliah saya. Terima kasih Anda sebagai informasi Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...